Selasa, 26 Disember 2017

masak-masak minggu ke-11 #6bulansurirumahtanggasepenuhmasa

18/12/2017 / Isnin
Breakfast aku masak nasi goreng biasa je


Dan untuk makan malam pula aku masak sambal terung dan ayam goreng


19/12/2017 / Selasa- 20/12/2017 /  Rabu
OFFDAY penyakit malas datang dan rabu period.Alhamdulillah penyakit period tak teruk macam bulan lepas.

21/12/2017 / Khamis
Breakfast kuey teow goreng dan air milo


Untuk makan malam aku masak istimewa untuk Krul Nasi tomato dan Ayam masak merah semperna hari lahir dia.Resepi nasi tomato aku minta pada zana,nasib resepi dia senang bolehlah aku buat.



Terima kasih Zana share resepi.

22/12/2017 / Jumaat
Aku masak sayur campur je sebab nak habiskan lauk ayam masak merah semalam.



23 - 25 /12/2017 / Sabtu - Isnin
OFFDAY berjalan ke KK (Kota Kinabalu) cerita jalan-jalan disana akan menyusul kemudian yea tapi aku akan up dulu yang awal bulan punya cerita ke KK.Lambat nak up sebab gambar semua kat handphone Krul aku lupa dan malas nak transfer ke laptop.

Isnin, 18 Disember 2017

masak-masak minggu ke-10 #6bulansurirumahtanggasepenuhmasa

Assalamualaikum....

Dah sepuluh minggu...ten ten ten..hihihi saje je melawak..

Seperti biasa masuk je minggu baru aku akan update menu-menu masakan minggu lepas.

11/12/2017 / Isnin
Sarapan pagi : Kuey Teow Goreng Ayam + Air Milo


Makan malam : Kobis lemak putih bersama dengan ayam berempah yang lebihan perap semalam



12/12/2017 / Selasa
Sambal udang petai + sayur bayam goreng + telur masin. Aku rebus 2 biji tapi malam nie sebiji belah 2 makan sorang sebelah lagi sebiji besok kite makan.



Alhamdulillah dengan izinNya sambal aku menjadi.16 ekor aku masak udang nie,Krul teringin sangat nak makan petai 6 papan petai aku gunakan makanlah puas-puas Krul.Nanti sama-sama kentut bau petai.

13/12/2017 / Rabu
Sarapan pagi : Kuey Teow Goreng Ayam + Air Milo sekali lagi.Ni bukan lebihan isnin yea aku masak yang lain tau nie ada tambah sayur kobis sikit.



Makan malam : Sayur kobis goreng + carrot + fishcake



Perabiskan sambal udang petai dan telur masin yang semalam punya.



14/12/2017 / Khamis
Kemarin sambal udang petai arini sambal ikan plak.Ikan 2 ekor je aku masak makan sorang seekor sudah.



Alhamdulillah jadi gak sambal ikan aku nie.Fobia sungguh aku masak sambal takut tak jadi aku yang stress lepas tue buang ke tong sampah.



15/12/2017 / Jumaat
OFFDAY...Ikut Krul pepagi ke opis dok kat bilik lama dia sebab malam semalam dengar sesuatu yang menakutkan tapi Krul kata bunyi anjing.Malam makan McD lps tue tido kat bilik dia takut nak balik rumah.

16/12/2017 / Sabtu
Mee dan Kuey Teow sup makan tengah hari dan malam.




17/12/2017 / Ahad
Minggu nie memang sambal je lah aku masak,semalam aku masak sambal telur hancur plak dengan taugeh goreng dan ikan goreng.



Malam terasa nak makan maggi aku suruh Krul masak,dia kalau masak maggi memang sedap wei semangkuk memang tak cukup.


Nampak macam-macam adakan.

Oh ya..aku ada buat video memasak kalau nak tengok cari dalam Instagram search #inicarasayamasak

Ok bye..jumpa lagi..๐Ÿ‘‹tata


Selasa, 12 Disember 2017

Buttermilk Cheese Chicken


Bahan-bahan:


  • Ayam (isi ayam - aku pakai kepak je)
  • Tepung (aku pakai tepung tempura cap nona)
  • 2-3 sudu besar Butter (ikut pada banyak ayam)
  • 1-2 kepingan Cheese
  • 1 kotak susu cair Dutch Lady
  • 2 tangkai daun kari
  • 2-3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • Minyak masak
  • Cili padi dipotong kecil (aku x letak sebab masa tu sakit perut)
  • Garam
Cara Memasak:
  1. Gaulkan ayam dengan tepung.Goreng ayam hingga masak dan angkat asing tepi.
  2. Panaskan 1-2 sudu makan minyak masak dan butter, kacau sehingga butter cair.
  3. Tumiskan bawang putih,cili padi dan daun kari.
  4. Masukkan susu cair dan kepingan cheese kacau sehingga sebati.
  5. Akhir sekali masukkan ayam gaul hingga sekata dan rasakan dengan garam.
Ok SELAMAT MENCUBA ๐Ÿ’‹


Isnin, 11 Disember 2017

masak-masak minggu ke-9 #6bulansurirumahtanggasepenuhmasa

Alhamdulillah penyakit M (malas) hilang sudah,dapat sambung balik masak-memasak,tekak pun semakin ok makan pun dah terasa masin,masam,pahit dan manis.

04/12/2017 / Isnin
Masak sambal telur rebus dan sayur goreng (buncis+carrot).Masak 4 biji,2 biji makan tengah hari 2 biji makan malam.


05/12/2017 / Selasa
Nak perabiskan sayur buncis dan carrot aku campurkan dengan fishcake kemudian goreng ikan kerisi 3 ekor dan kicap cili padi potong.Makan pula ikan baru goreng tue dengan nasi panas-panas memang sedaplah.




06/12/2017 / Rabu
Untuk breakfast aku buat burger isi daging dan letak kepingan cheese siap Krul bawa sebiji makan kat opis,bawalah krul.



Malam pula aku buat ayam  masak buttermilk cheese bedebah kaw,resepi minta pada Ros (kawan lama kraf) tapi dia x ajarpun bubuh cheese tengok youtube cara-cara masak ada letak cheese aku pun letaklah maaf Ros derhaka pada ko nasib menjadi.Aku pakai kepak ayam tak pakai isi ayam pun,kepak 3 ketul potong 2 dapat lah 6 ketul.



Dah buat watermark tue kemudian-kemudian aku share resepi yea.

07/12/2017 / Khamis
Semalam ayam arini pun ayam gak yea.Hari nie buat sup ayam yang paling simple hanya ayam campur dengan kentang je tak ada sayur-sayur lain dan pakai sup bunjut yang Fit kasi kemudian lawankan dengan sambal fishcake.




08/12/2017 / Jumaat
Nak perabiskan roti burger buat lagi burger daging dan goreng sosej.



Malam pula udang masak lemak cili padi letak tomato,tempe goreng dan timun jepun


09/12/2017 / Sabtu
Sabtu aku hanya masak sayur goreng (buncis+tempe) je nak habiskan kuah udang masak lemak cili padi yang semalam.



10/12/2017 / Ahad
Dan semalam aku buat ayam goreng berempah dan habiskan sayur semalam.Aku perap 10 ketul tapi goreng sikit je semalam 6 ketul lagi 4 ketul nak goreng arini



Malam tak makan nasi makan biskut cicah milo kemudian makan cheesecake.Masa tengok GV (gegar vaganza) perut berbunyi hahaha lapar.

Ok Bye nanti-nanti aku update cite lain yea.


Ahad, 10 Disember 2017

Anjung Ikan Bakar,Tanjung Aru-Labuan

Jumaat(30/11/2017) lepas Krul belanja makan di Anjung Ikan Bakar, bagus sangat dia balanja makan di luar lagi-lagi mood aku masih ke laut ni nak memasak.



Anjung Ikan Bakar nie buka waktu petang hingga ke malam,tempat makan nie kat tepi laut.

Masa kami datang angin tengah kuat dan ada ombak kecil, masa lalu kat jambatan nak masuk ke dalam memang dengar bunyi percikan air kena kat batu-batu tepi tue.



Ada 4 kedai kat sini.Kami pilih sebelah kiri yang kat belakang aku tue.


Baik dari ikan hingga ke seafood pun ada.


Menu pilihan masakan disediakan kalau nak ubah pun boleh tak ada masalah.



Ketam weiiiii disebabkan malas nak berkopek tak jadilah beli.


Ada nampak uncang kopi kat cawan no. 2 dari belakang,yea orang kedai tue masukkan 1 uncang kopi memang kaw kaw lah kopi tue jadinye.Lepas tue air suam aku plak Krul minum dah dia punya air suam dah jadi air kopi O tawar.Nasib boleh tidur malamnye.


Kedainye kat orang baju warna merah tue,sebelahnye ada gak kedai tapi dia buat set untuk 5 orang hingga berape tah lupalah plak,tapi ok je harganye murah gak.


Nie sebelahnye 2 kedai gak,tapi kedai hujung tak buka.


Hujung sana adalah laut gelap je kan,ada bot berlabuh sebenarnye kat hujung sana tue.Selesa je wei makan sambil ditiup angin laut.


Sebelum makanan sampai biasalah gedik ambil gambar jap.


Muka suci murni aku,orang baru ada selera nak makan.



Comelkan nasi putih dia buat bentuk 3 segi.Mula-mula order 2 je konon sorang sepinggan sudahlah bila dah makan tak cukup order lagi sepinggan share sorang setengah.Tekak aku elok plak malam tue sebab itulah makan bertambah,hihihihi๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

Kami ambil udang dan ikan je.

udang masak telur masin

ikan siakap masak lemon
 Sayur pula kailan.

sayur kailan masak ikan masin
Jadi pada sesiapa yang datang Labuan seperti biasa aku cadangkan korang datang makan disini.

Jap jap kalau korang nak datang sini sila gunakan Waze yea senang tak sesat Anjung Ikan Bakar nie lepas dari Anjung Ketam.

Sabtu, 9 Disember 2017

masak-masak minggu ke-8 #6bulansurirumahtanggasepenuhmasa

Hello semua ada sihatkah? 

Minggu ke-8, 2 hari je aku masak mood ke laut sebab period.Teruk sangat period aku kali nie sampaikan penyakit MALAS pun ada,bila makan tekak rasa loya rasa masakan pahit-pahit dan badan plak rasa sakit-sakit kejadian apakah ini period je tapi rasa macam pregnant.

27/11/2017 / Isnin
Isnin masih gigih lagi memasak,terpedaya dengan mama WhatsApp yang masak kari ikan jadi aku pun masak gak kari ikan putih dan sayur goreng kobis panjang campur dengan carrot.




29/11/2017 / Rabu
Buat breakfast nasi goreng ikan bilis,ayam tue ayam uncle bob beli malam tadi Krul tak habis makan.




Itu jelah yang aku masak harap penyakit MALAS dan kejadian period sebegini tidak berulang kembali terseksa rasa diri ini bila nikmat ditarik.