Isnin, 6 Februari 2017

Krul kena pindah ke LABUAN

Baru terdaya nak menulis blog.

Sepatutnya 1 Januari 2017 Krul diarahkan berpindah dan bertugas di Labuan, disebabkan dapat kelulusan penangguhan perpindahan sebulan, maka bulan Februari baru Krul bertugas di Labuan secara rasmi.Krul dapat surat pertukaran sehari sebelum kami bercuti ke Pulau Pinang.Dan masa on the way bercuti ke Pulau Pinag kami bincang dan buat keputusan untuk pergi dulu ke Labuan tengok pejabat  disana,hantar sedikit baju kerje dan bercuti disana.

PJJ lah kami sekarang sehingga bila tidak pasti lagi harap-harap sangat Krul dapat balik KL cepat.
Perasaan aku dah tentulah sedih kerana berpisah tapi nak buat macam mana kan dah arahan tak kan nak berhenti pula kerja.

1 Februari lepas kami sekeluarga (family aku dan family Krul) hantar Krul ke KLIA.
Dari malam sebelumnye aku sedih sesangat tido pun tak lena kejap-kejap bangun lepas tue nangis dok kira beberapa jam yang tinggal.



muka ada senyum tapi dalam hati sedih sebenarnye tue,sedih nak tinggalkan aku dan familynye kana hidup sorang-sorang kat tempat orang.


sebelum berangkat ambil gambar bersama dulu aku pun sama muka ada senyum tapi dalam hati sedih pilu.Bila salam tangan Krul aku rasa nak nangis disebabkan aku nie ego(malu dgn family) aku tahan air mata



bye bye Krul


sempat tue whats up gambar dia sebelum naik flight


Bulan 3 nanti kita jumpa yea..InshaAllah.


Cerita pasal percutian di Labuan selepas dari entry ini yea.


Tiada ulasan :